Monday, June 16, 2014
by in
1. Iman ialah berikrar dengan lidah dan membenarkannya dengan hati. Iman yang sempurna ialah berikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melaksanakan tuntutannya dengan anggota tubuh.
2. Allah SWT adalah Tuhan yang wujud, dan mempunyai 99 nama.
3. Allah SWT mempunyai banyak sifat, dan kesemuanya boleh dirangkumkan di bawah empat perkataan, iaitu : Sifat Kebesaran (al Jalal), Sifat Kesempurnaan (al Kamal) dan Sifat Keindahan (al Kamal).
4. Sifat yang wajib diketahui bagi seorang yang beriman, baligh dan berakal ialah 20 sifat wajib bagi Allah SWT, 20 sifat mustahil dan satu sifat harus bagiNya, iaitu :
a. Wujud ertinya ada, Allah itu ada dan mustahil Allah SWT itu tiada
b. Qadim ertinya tiada permulaan, iaitu tiada permulaan bagi Allah SWT, dan mustahil ada permulaan bagiNya
c. Baqa ertinya tidak berkesudahan, iaitu tiada kesudahan bagi Allah SWT, dan mustahil ada kesudahan bagiNya
d. Mukhalafatuhu Lil Hawadith, ertinya berbeza dengan makhluk. Iaitu Allah SWT berbeza dengan makhluk, dan mustahil Allah SWT serupa dengan makhluk
e. Qiyamuhu Ninafsihi, ertinya tidak bergantung dengan sesiapa. Iaitu Allah SWT tiada penggantungan dengan sesiapa, dan mustahil bagiNya bergantung dengan sesiapa
f. Wahdaniyah ertinya esa. Iaitu Allah SWT itu Esa dan mustahil bagiNya berbilang-bilang
g. Qudrah ertinya berkuasa. Iaitu Allah SWT berkuasa, dan mustahil bagiNya tidak berkuasa
h. Iradah ertinya menentukan sesuatu dengan kehendakNya. Iaitu Allah SWT berkuasa menentukan sesuatu dengan kehendakNya dan mustahil bagiNya membuat sesuatu kerana terpaksa
i. Ilmu ertinya mengetahui. Iaitu Allah SWT mengetahui semua perkara, dan mustahil bagiNya tidak tahu
j. Hayat ertinya hidup. Iaitu Allah SWT hidup dan mustahil bagiNya mati
k. Sama’ ertinya mendengar. Iaitu Allah SWT mendengar dan mustahil bagiNya tuli
l. Bashar ertinya melihat. Iaitu Allah SWT melihat dan mustahil bagiNya buta ataupun kurang penglihatan
m. Kalam ertinya berkata-kata. Iaitu Allah SWT berkata-kata dan mustahil bagiNya bisu
n. Kaunuhu Qadiran ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan berkuasa, mustahil bagiNya dalam keadaan tidak berkuasa
o. Kaunuhu Muridan ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan berkehendak dengan kehendaknya, mustahil bagiNya berada dalam keadaan tidak berkehendak
p. Kaunuhu Aliman, ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan mengetahui, dan mustahil bagiNya berada dalam keadaan tidak mengetahui
q. Kaunuhu Hayyan, ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan hidup, dan mustahil bagiNya berada dalam keadaan mati atau tidur
r. Kaunuhu Sami’an ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan mendengar, dan mustahil bagiNya dalam keadaan tidak mendengar
s. Kaunuhu Bashiran ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan melihat, dan mustahil bagiNya dalam keadaan buta
t. Kaunuhu Mutakalliman ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan berkata-kata, dan mustahil bagiNya dalam keadaan tidak berkata-kata
Inilah 20 sifat wajib bagi Allah SWT dan 20 sifat mustahil bagiNya. Tidak mungkin sifat mustahil itu ada pada Allah SWT, dan tidak mungkin sifat wajib itu tiada atau hilang dariNya.
5. Sifat yang harus bagi Allah SWT satu sahaja iaitu, Allah boleh membuat sesuatu atau boleh tidak membuatnya.
6. Wajib berpegang bahawa Malaikat itu ada dan berbilang-bilang. Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 10 sahaja, iaitu :
a. Jibril : Menyampaikan wahyu
b. Mikail : Menurunkan rezeki
c. Israfil : Meniup sangkakala
d. Mungkar : Menyoal orang dalam kubur
e. Nakir : Menyoal orang dalam kubur
f. Izrail : Mencabut nyawa
g. Rakib : Mencatit amalan yang baik
h. Atid : Mencatit amalan yang buruk
i. Malik : Menjaga neraka
j. Ridhwan : Menjaga syurga
7. Wajib berpegang bahawa terdapat kitab-kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-rasulNya, untuk disampaikan kepada kaum-kaumnya. Kitab-kitab tersebut banyak, tetapi yang wajib diketahui hanyalah empat yang tersenarai , iaitu :
a. Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa AS
b. Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS
c. Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS
d. Kitab al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
8. Wajib berpegang dan mempercayai semua Nabi dan Rasul utusan Allah SWT. Nama mereka ada yang disebutkan di dalam al Quran, dan ada yang tidak disebutan. Cuma yang wajib diketahui hanyalah 25 orang Nabi dan Rasul sepertimana yang diketahui.
9. Kita juga wajib mengetahui bahawa Nabi ialah mereka yang menerima wahyu, tetapi tidak diwajibkan menyampaikannya kepada orang lain. Berbeza dengan Rasul, mereka menerima wahyu dan wajib untuk menyampaikannya. Oleh itu, setiap rasul adalah nabi, tetapi bukan semua nabi itu rasul.
10. Setiap orang Islam wajib berpegang dengan ketibaan Hari Kiamat. Permulaan kiamat ialah sesudah mati bagi setiap manusia.
Peristiwa kiamat seperti berikut :
A. Setiap orang akan mati apabila umur yang diperuntukkan untuknya sudah habis
B. Setelah itu manusia akan melalui alam kubur, dan ketika itu ia akan ditanya siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Siapakah ikutan kamu dan sebagainya. Ia akan ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir
C. Orang yang jahat akan disiksa di dalam kubur
D. Kemudian, pada satu hari nanti, akan berlaku kiamat yang besar di mana dunia akan hancur lebur dan semua makhluk yang masih hidup akan menemui mati
E. Selepas itu akan ditiup sangkakala menyebabkan kesemua manusia yang mati tadi, dihidupkan semula, dan kesemuanya akan berkumpul di Mahsyar
F. Selepas itu, setiap orang akan dihitung dosa dan pahala mereka
G. Di sana juga terdapat syafaat (bantuan) daripada Nabi Muhammad SAW dengan izin Allah SWT
H. Terdapat juga timbangan untuk menimbang dosa dan pahala seseorang
I. Terdapat juga titian Shirot yang digantung melintasi neraka, dan ia akan dilalui oleh setiap manusia.
J. Terdapat juga Telaga Kauthat kepunyaan Nabi Muhammad SAW di dalam syurga. Orang-orang yang beriman akan dapat menikmati air telaga tersebut.
K. Mereka yang melepasi ujian, dapat melalui titian tersebut dengan selamat terus menuju ke Syurga. Manakala orang kafir, akan jatuh ke dalam neraka.
L. Orang yang baik, terus masuk ke dalam Syurga dan kekal di dalamnya. Manakala orang kafir masuk ke dalam neraka dan kekal selama-lamanya.
M. Orang beriman yang melakukan dosa dan belum bertaubat, akan dimasukkan ke dalam neraka buat sementara waktu, sehinggalah hukuman ke atas dosanya selesai. Kemudian akan dimasukkan pula ke Syurga dan kekal selama-lamanya.
N. Ahli Syruga akan mendapat nikmat di dalamnya dan nikmat yang terbesar ialah melihat Allah SWT.
Apa yang disebutkan ini, adalah secara ringkas tentang Hari Kiamat
11. Kita hendaklah berpegang dengan Qadha dan Qadar, iaitu takdir ketentuan Allah SWT. Penjelasannya seperti berikut :
A. Setiap kejadian yang berlaku di dunia ini sudah ditetapkan oleh Allah. Iaitu aturan Allah SWT sejak azali bahawa aturan tersebut akan terjadi
B. Semua perkara samada baik atau buruk, dijadikan oleh Allah SWT. Nasib baik atau buruk, kedua-duanya daripada Allah SWT
C. Manusia dituntut supaya berusaha dan berikhtiar, tidak kira apa jua nasibnya yang ditentukan oleh Allah
D. Manusia menerima pahala disebabkan kurniaNya dan manusia menerima hukuman kerana keadilanNya
12 perkara yang pertama ini, adalah 6 rukun Iman yang wajib dipegang, dipercayai dan diketahui. Selain itu, kita juga wajib berpegang, mempercayai dan mengetahui hasil susulan daripada 6 rukun Iman ini, iaitu sepertimana yang disebutkan di bawah ini.
12. Allah SWT, nama dan sifat-sifatNya adalah Qadim (tiada permulaan bagi kewujudanNya) . Ini kerana nama dan sifat-sifatNya itu terdapat pada zatNya yang Qadim.
13. Al Quran adalah Kalam Allah yang Qadim, iaitu tiada permulaan bagi kewujudanNya. Apa yang tertulis di Mushaf, yang tertulis dengan huruf, adalah “gambaran” dari al Quran yang sebenar. Oleh itu, al Quran adalah Qadim, dan tulisan di dalam Mushaf adalah Hadis (terdapat permulaan bagi kewujudanNya.
14. Rezeki setiap manusia telah ditakdirkan sejak azali. Tidak akan bertambah, mahupun berkurang. Tetapi manusia disuruh untuk berusaha mendapatkan rezekinya, dan tidak boleh hanya menunggu semata-mata.
15. Ajal setiap manusia telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali. Tidak dapat dipercepatkan mahupun diperlewatkan walaupun sedetik. Tetapi manusia disuruh menjaga kesihatan dan tidak boleh hanya menunggu ajal sahaja.
16. Anak-anak orang kafir yang mati ketika kecil, dimasukkan ke dalam Syruga.
17. Doa orang yang beriman akan memberi manfaat kepadanya dan memberi manfaat kepada orang yang didoakannya.
18. Pahala sedekah, pahala wakaf dan pahala bacaan (tahlil, al Quran, selawat dan sebagainya), boleh dihadiahkan kepada orang yang telah mati, dan pahala tersebut sampai kepada mereka, sekiranya kita memohon kepada Allah SWT supaya menyampaikannya.
19. Menziarahi kubur ibu bapa, para ulama, para wali Allah, orang mati syahid dan sebagainya adalah sunat dan diberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya. Apatah lagi menziarahi Makam Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda SAW. Bahkan perjalanan ke kubur tersebut, juga dianggap sebagai ibadat.
20. Berdoa kepada Allah SWT secara langsung, atau melalui perantaraan (tawasul) hukumnya sunat, dan diberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya.
21. Seluruh masjid di dunia sama sahaja darjatnya melainkan 3 buah masjid yang lebih tinggi darjatnya. Iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al Aqsa. Perjalanan ke ketiga-tiga buah masjid tersebut dikira sebagai ibadat dan diberi pahala kepada sesiapa yang melakukannya.
22. Semua manusia di dunia ini adalah berketurunan Nabi Adam AS, dan Nabi Adam AS dicipta dari tanah. Manakala iblis dan jin pula diciptakan oleh Allah SWT daripada api, dan para malaikat dicipta daripada cahaya.
23. Bumi dan langit itu wujud. Sesiapa yang mengingkari kewujudan kedua-dua ini dianggap bukan dari kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
24. Nama Allah SWT tidak boleh direka-reka oleh sesiapa pun, melainkan apa yang sudah disebutkan di dalam al Quran dan Hadis-hadis Shahih. Mereka yang menghafal dan berpegang dengannya akan dimasukkan ke dalam Syurga. Kita hendaklah berdoa dengan menyeru salah satu daripada nama-nama Allah ini.
25. Ayat-ayat al Quran yang seolah-olah menyatakan bahawa Allah SWT itu seperti manusia, perlu dita’wilkan secara majazi. Iaitu mentafsirkannya dengan bukan dari erti asal perkataan tersebut. Penjelasannya seperti berikut :
a. Ayat yang menyebut bahawa Allah itu mempunyai wajah, maka ia bermaksud wajah Allah itu tidak sama dengan makhluk
b. Ayat yang menyebut bahawa Allah itu mempunyai tangan, maka ia bermaksud kekuasaan Allah SWT
c. Ayat yang menyebut bahawa Allah itu sedang duduk di atas arasy, maka ia bermaksud Allah SWT menguasai arasy
d. Dan sebagainya
26. Di dalam menta’wilkan ayat-ayat ini, hendaklah dengan ta’wilan yang sebenar berdasarkan ketetapan para ulama, bukan dengan sebarang ta’wilan.
27. Kita perlu menolak sebarang unsur menyerupakan Allah dengan makhluk, samada mengatakan Allah itu berjisim, berada di mana-mana tempat dan sebagainya.
28. Kebangkitan sesudah mati hanya berlaku sekali sahaja. Manusia bermula dari tiada, kemudian diciptakan oleh Allah SWT. Setelah itu, manusia menemui ajal dan kemudiannya dihidupkan kembali, seterusnya berkumpul di Padang Mahsyar.
29. Manusia tidak akan dibangkitkan semula dengan menyerupai makhluk lain setelah kematiannya. Kebangkitan setelah mati itu berlaku setelah tiupan sangkakala.
30. Pahala bukanlah satu paksaan atau satu kemestian bagi Allah SWT untuk memberikannya kepada manusia. Bukan juga satu paksaan atau satu kemestian bagi Allah untuk menghukum seseorang itu. Allah memberikan pahala mengikut kurniaNya, dan menghukum berdasarkan keadilanNya.
31. Manusia tidak dapat melihat Allah SWT ketika di dunia, kecuali Nabi Muhammad SAW ketika Mikraj Baginda SAW.
32. Perutusan Rasul-rasulNya adalah kurnia dariNya. Bukanlah satu paksaan atau satu kemestian bagiNya untuk mengutuskan mereka.
33. Wajib mengetahui dan berpegang bahawa Nabi Muhammad SAW :
a. Dilahirkan di Mekah
b. Diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun
c. Menerima wahyu daripada Allah selama 23 tahun berturut-turut
d. Berpindah ke Madinah setelah 13 tahun di Mekah
e. Wafat pada usia 63 tahun di Madinah
f. Dikembumikan di lingkungan Masjid Nabi dan umat Islam dibenarkan menziarahinya
g. Bukan malaikat atau makhluk lain. Baginda SAW makan, minum dan berkahwin seperti manusia biasa
h. Seperti manusia biasa, tetapi rohani dan jasmaninya adalah luar biasa. Oleh itu, wahyu tersebut diturunkan kepadanya. Sekiranya wahyu diturunkan kepada bukit, sudah pasti ia akan lebur
i. Adalah makhluk Allah SWT yang paling mulia
34. Keturunan Nabi Muhammad SAW di sebelah ayah seperti berikut :
a. Muhammad bin Abdullah
b. Abdullah bin Abdul Muthalib
c. Abdul Muthalib bin Hasyim
d. Hasyim bin Abdul Manaf
e. Abdul Manaf bin Qushai
f. Qushai bin Kilab
g. Kilab bin Marrah
h. Marrah bin Ka’ab
i. Ka’ab bin Lu’ai
j. Lu’ai bin Galib
k. Galib bih Fihir
l. Fihir bin Malik
m. Malik bin Nadhar
n. Nadhar bin Kinanah
o. Kinanah bin Khuzaimah
p. Khuzaimah bin Mudrikah
q. Mudrikah bin Ilyas
r. Ilyas bin Mudhar
s. Mudhar bin Ma’ad
t. Ma’ad bin Adnan
35. Keturunan Baginda SAW di sebelah ibu pula seperti berikut :
a. Muhammad bin Aminah
b. Aminah binti Wahab
c. Wahab bin Abdul Manaf
d. Abdul Manaf bin Zahrah
e. Zahrah bin Kilab (bersambung dengan keturunan ayah Baginda SAW)
36. Isteri baginda SAW ketika hidupnya ialah :
a. Khadijah binti Khuwailid
b. Aisyah binti Abu Bakar
c. Hafsah binti Umar
d. Ummu Salamah binti Abi Umayyah
e. Ummu Habibah binti Abi Sufian
f. Saudah binti Zam’ah
g. Zainab binti Jahsy
h. Zainab binti Khuzaimah
i. Maimunah binti Harits
j. Juwairiah binti Harits
k. Safiyyah binti Hayy
37. Anak-anak Baginda SAW seperti berikut :
a. Zainab
b. Ruqayyah
c. Ummu Kalsum
d. Siti Fatimah
e. Qasim
f. Abdullah
g. Ibrahim
38. Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk semua makhluk, tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.
39. Nabi Muhammad SAW naik ke langit ketika peristiwa mikraj, melalui Baitul Muqaddis pada 27 Rejab dan kembali ke dunia pada malam yang sama dengan membawa perintah untuk mendirikan solat fardhu 5 waktu. Baginda SAW mikraj dengan tubuh dan rohnya.
40. Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang pertama diangkat menjadi nabi, ketika itu jasad Nabi Adam AS masih terbaring di dalam syurga masih belum dimasukkan nyawa. Oleh sebab itulah Baginda SAW adalah Nabi yang mula-mula diangkat menjadi Nabi dan paling terakhir sekali lahir ke dunia.
41. Nabi Muhammad SAW mampu memberi syafaat kepada seluruh manusia dengan izin Allah SWT. Antaranya mempermudahkan perhitungan di Padang Mahsyar.
42. Setelah kewafatan Baginda SAW, digantikan oleh Saidina Abu Bakar RA, kemudian Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman al Affan dan yang keempat ialah Saidina Ali KAW. Keempat-empat khalifah ini digelar Khulafa’ ar Rasyidin.
43. Wajib meyakini dan berpegang bahawa makhluk yang termulia mengikut tertib berikut :
a. Nabi Muhammad SAW
b. Rasul Ulul Azmi
c. Rasul-rasul lain
d. Ketua Para Malaikat
e. Malaikat-malaikat lain
f. Dan berikutnya
44. Wajib meyakini dan berpegang, bahawa sahabat Baginda SAW yang paling mulia mengikut tertib berikut :
a. Khulafa’ ar Rasyidin mengikut tertib
b. 6 orang yang dijanjikan syurga (selain Khulafa’ ar Rasyidin), iaitu
i. Talhah bin Ubaidillah
ii. Zubair al Awwam
iii. Abdur Rahman bin Auf
iv. Sa’ad bin Abi Waqqas
v. Sa’id bin Zaid
vi. Abu Ubaidah al Jarrah
c. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perang Badar
d. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perang Uhud
e. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perjanjian ar Ridhwan
f. Sahabat-sahabat Baginda SAW yang lain
45. Pertelingkahan dan pertikaian di antara sesama sahabat dilihat mengikut pandangan yang positif dan tidak perlu dipanjanglebarkan. Masing-masing berijtihad dengan pandangan masing-masing, dan masing-masing mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.
46. Ahli Keluarga Baginda SAW bersih dari sebarang fitnah dan tuduhan yang dilemparkan. Itu semua adalah fitnah yang direka-reka. Khususnya Saidatina Aisyah yang difitnah ketika peristiwa Hadis Ifki.
47. Kenabian atau kerasulan adalah kurnia daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ia tidak boleh diusahakan untuk mendapatkannya, walaupun dengan melakukan pelbagai amalan.
48. Nabi dan Rasul dikurniakan mukjizat, iaitu perbuatan yang bercanggah dengan hukum adat yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Contohnya :
a. Nabi Ibrahim AS tidak terbakar oleh api
b. Nabi Isa AS dapat menghidupkan orang yang telah mati
c. Nabi Muhammad SAW dikurniakan al Quran yang tidak mampu ditandingi atau direka-reka
49. Berpegang dan yakin bahawa terdapatnya keramat, yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada wali-wali dan ulama-ulamaNya. Contohnya :
a. Makanan datang dengan sendiri kepada Maryam
b. Ashabul Kahfi tertidur selama 309 tahun tanpa sebarang kerosakan pada badan mereka
50. Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tiada nabi atau rasul selepasnya. Sesiapa yang mengaku dirinya diangkat menjadi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, walaupun dia melaksanakan syariat Baginda SAW sekalipun, maka dia itu pembohong dan wajib diperangi.
51. Wajib berpegang dengan kewujudan “arasy”, iaitu makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya, terletak di tempat yang tinggi dan mulia, dan tidak diketahui hakikat dan kebesarannya, melainkan Allah SWT yang Maha Mengetahui.
52. Wajib berpegang dengan kewujudan “kursi”, iaitu makhluk Allah yang berhampiran dan bersambung dengan arasy. Hakikat tentangnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kita hanya wajib berpegang dengan kewujudannya sahaja.
53. Wajib berpegang dengan kewujudan “qalam”, iaitu makhluk Allah yang dicipta untuk menulis di Luh Mahfuz tentang sesuatu yang bakal terjadi. Setiap peristiwa yang terjadi di dunia telahpun ditulis di Luh Mahfuz.
54. Penghuni Syurga dan Neraka akan kekal selama-lamanya di situ, melainkan mereka yang beriman tetapi belum bertaubat. Mereka akan berada sementara waktu di neraka, kemudian berpindah ke syurga.
55. Dosa terbahagi kepada dua, iaitu dosa besar, dan dosa kecil. Dosa besar ialah :
a. Syirik
b. Membunuh manusia tanpa hak
c. Makan hasil riba
d. Lari dari peperangan
e. Tukang sihir
f. Menderhakai ibu bapa
g. Berzina
h. Liwat
i. Mendustakan Nabi Muhammad SAW
j. Dan lain-lain
56. Dosa kecil akan diampunkan oleh Allah SWT sekiranya bertaubat, selagi mana orang tersebut tidak melakukan dosa besar.
57. Orang yang beriman boleh menjadi “kafir” atau lebih dikenali sebagai “murtad” disebabkan beberapa faktor. Iaitu :
Dari Sudut Pegangan (i’tikad)
Iaitu sesiapa yang berpegang (dengan hatinya dan meyakini) salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini atau meragui perkara-perkara yang wajib diyakini, maka dia sudah jatuh imannya, na’uzubiLlah.
a. Meragui kewujudan atau keTuhanan Allah SWT
b. Meragui keRasulan Nabi Muhammad SAW
c. Meragui bahawa al Quran itu adalah wahyu dari Allah
d. Meragui kedatangan Hari Kiamat, syurga, neraka dan lain-lain
e. Meragui kebenaran peristiwa Isra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW
f. Berpegang bahawa Allah SWT tidak mempunyai sifat-sifatNya yang sedia maklum (sifat 20)
g. Berpegang bahawa Allah SWT berjisim, memerlukan tempat dan sebagainya
h. Menghalalkan perbuatan yang telah disepakati oleh ulama tentang pengharamannya seperti menghalalkan zina, arak dan sebagainya
i. Mengharamkan perbuatan yang telah disepakati oleh ulama tentang penghalalannya seperti mengharamkan jual beli yang halal, perkahwinan dan sebagainya
j. Menafikan kewajipan amalan yang telah disepakati oleh ulama tentang kewajipan amalan tersebut seperti menafikan kewajipan membayar zakat dan sebagainya
k. Menolak hubungan persahabatan antara Nabi SAW dan Para Sahabat RA yang utama, seperti menafikan Saidina Abu Bakar adalah sahabat Baginda SAW
l. Mengingkari sepotong atau keseluruhan ayat al Quran, atau menambah sepotong atau keseluruhan ayat al Quran bertujuan menjadikannya sebagai al Quran (yang baru)
m. Menafikan kerasulan salah seorang daripada 25 orang Nabi dan Rasul yang wajib dipercayai
n. Menolak ajaran utusan-utusan Allah
o. Berpegang bahawa terdapat nabi selepas Nabi Muhammad SAW
p. Mendakwa diri sendiri sebagai nabi atau rasul selepas Nabi Muhammad SAW
Dari Sudut Perbuatan (Amalan)
a. Sujud kepada patung berhala, matahari, pokok dan sebagainyad
b. Sujud kepada manusia dengan sukarela
c. Menghina Nabi atau Rasul samada dengan perbuatan atau kata-kata
d. Menghina kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT dengan pebuatan atau kata-kata
e. Mempersenda Islam atau Allah SWT dengan perbuatan atau kata-kata
f. dan sebagainya
Dari Sudut Pertuturan
a. Menggelar seorang yang beriman sebagai “kafir”
b. Mempersenda atau menghina Allah SWT
c. Mempersenda kedatangan Hari Kiamat
d. Mempersenda syariat Allah SWT, seperti solat, zakat, hudud dan sebagainya
e. Mempersenda malaikat
f. Mempersenda Para Nabi dan Rasul
g. Mempersenda keluarga Nabi Muhammad SAW
h. Mempersenda Nabi Muhammad SAW
i. dan sebagainya
waLlahua'lam
Oleh,
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Rumusan Daripada Kitab Jauharah Tauhid
Artikel Terkait
RECENT POST
-
1 0 Manfaat Labu Kuning untuk Ibu Hamil Ada dua jenis labu yang kita kenal, yaitu labu siam dan labu kuning. Kandungan nutrisi dalam labu s...
-
Setahun yang lepas, saya cemburu melihat kawan-kawan dengan gembira bercuti bersama keluarga tiap kali tiba hujung tahun. Walaupun hanya p...
-
Lecithin Kod Produk:10163 (180 kapsul) Lecitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang ...
-
KENALI STRETCH MARK@ SELULIT Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh keli...
-
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keput...
SHAKLEE
Search
ARTIKEL TERKINI
-
Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (pro...
-
KENALI STRETCH MARK@ SELULIT Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh keli...
-
Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandunga...
-
1 0 Manfaat Labu Kuning untuk Ibu Hamil Ada dua jenis labu yang kita kenal, yaitu labu siam dan labu kuning. Kandungan nutrisi dalam labu s...
-
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh mening...
-
Kerap mengalami gangguan dibahagian perut, tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut terutama setiap kali selepas makan, menggangg...
-
Air detox atau infused detox water ni memang amat di gemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil seb...
SET SHAKLEE
SET 3M
(5)
SET A
(1)
SET B PENYUSUAN
(5)
Set Batu Karang
(1)
Set Berpantang
(3)
SET D
(1)
Set Darah Tinggi
(4)
Set Detokfikasi
(3)
Set Gout Shaklee
(2)
Set Imun
(1)
Set Jantung
(2)
Set Juara
(1)
Set Kanak-Kanak
(2)
Set Kecantikan
(4)
Set Kehamilan Shaklee
(1)
Set Kehamilan Shaklee Trimester 3
(3)
Set Keputihan
(3)
set kesihatan Optimun
(1)
Set Kesuburan
(7)
Set Kolesterol Tinggi
(1)
Set Kurus Shaklee
(7)
Set Maskulin
(4)
Set Mata
(1)
Set Mighty 3 Gem
(5)
Set Migraine
(1)
Set Minda
(4)
Set Optimun
(3)
Set Penyusuan
(5)
Set Rambut
(1)
set resdung
(2)
Set Selulit Shaklee
(1)
Set Sendi & Tulang
(3)
Set Senggugut
(2)
Set Tambah Berat Badan
(3)
PERTANYAAN
ADS FOLLOW
Powered by Blogger.
0 Comment:
Post a Comment