SIhat Ceria Bahagia

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI
SLIMMING

Tuesday, June 24, 2014

Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (proses bertelur), hubungan seks sewaktu subur, bilangan dan pergerakan sperma (benih suami) yang normal, tiada penyumbatan pada salur Fallopio dan juga persekitaran rahim yang normal.

Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi.


Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur Fallopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.

Secara purata, sebanyak tiga milimeter (ml) air mani atau semen yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu ml air mani. Ini bermakna hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya bilangan sperma di bawah aras 20 juta per ml, maka peluang untuk hamil ialah rendah.

Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan di dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Ini bermakna waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks ialah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. 

 Set KehamilanBagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai bermula pada hari ke-11 hingga ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil rendah.

Hubungan seks yang kerap bukan pada waktu yang tepat tidak mencukupi. Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur Fallopio pada waktu subur.

Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 daripada kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing.


Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap.


Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik-baik sahaja ovum dikeluarkan.

Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita.

Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan sebenarnya kurang tepat.


0 Comment:

RECENT POST

SHAKLEE