SIhat Ceria Bahagia

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI
SLIMMING

Wednesday, October 19, 2016

shaklee vitamin

Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai.

1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta.
.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka " mama sayang adik , adik anak yang hebat". Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi.
.
2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
.
3. Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan "jangan" , jangan itu, jangan ini....sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
.
4. Isteri saya selalu menggunakan teknik imagenasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
.
5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
.

Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak - anak lebih fokus dan cepat pandai.
.
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
.
Opp nanti dulu. Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara islam. Kan..kan..
.
#TipAyahRamaiAnak

Belanja like satu.

Apa komen anda.

Credit : Baharuddin Mohamed

Thursday, March 17, 2016

Akan tiba masanya - 3X
Hari yang ganjil - 3X

Mari Mengetahui...
Mari Memahami...
Mari Menghayati...

.. Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya):

. Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dlm solat akan hilang.

. Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.

. Akan Tiba masanya atas ummat ku  banyak nya gempa2 bumi.

. Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal shj.

. Akan tiba masanya atas ummat ku  banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.

. Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?

Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir2 semua yg disebut itu berlaku di zaman kita.

. Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu2 & bapa2 hanya mementingkan makanan yg sedap dan pakaian yg cantik2 shj terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kpd anak2 mereka.

. Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit.  Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

. Hari-hari yang ganjil

Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya.  Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

. Hari-hari Ganjil.

Pemuda dan pemudi asik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira.  Namun jika utk mendengar firman-firman  Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

. Hari-hari sangat ganjil.

Kita  bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

. Hari-hari yang  ganjil.

Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja.  Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

. Hari-hari  sangat ganjil

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .

. Hari-Hari yang ganjil.

Kita mengeluh dari banyak nya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

. Hari-hari yang ganjil.

Ibu2 & bapa2 membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kpd org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dll....

. Hari-hari yang ganjil.

Pada saat pesan ini sampai kepada mu, maka dengan engkau telah menjadi salah seorang yang berkongsi dalam memberikan peringatan tentang peraturan serta syariat Allah dan sunnah-sunnah Nabi Muhammad sollallaahu alaihi wa sallam.

Apa yang kami harapkan darimu adalah turut serta menghidupkan sebahagian dari sunnah Nabi saw ini walau hanya dengan satu perbuatan sunnah shj.

Memelihara Hadis yang mulia dengan demikian Anda telah bersama2 dengan kami dalam menyebarkan sunnah-sunnah Rasulullah sollallaahu alaihi wa sallam.

Jadilah anda salah seorang  yang mengajak kepada kebaikan.

✳ Forward dan sebarkan pesan ini agar semakin bertambah ganjaran pahala kita kerana sudi berdakwah,
In syaa Allah.

Sunday, March 13, 2016

Mesej Saya Kepada Anak Murid : Salam, maaf gngu, mcmn keputusan spm aritu?

Anak Murid : Wslm,,maaf lmbt bls. Saya belajar sendiri,,ngan kerjanya lgi. Jdi dpt la 3A je

Jawapan Saya : Alhamdulillah, Allah melihat setiap apa yg kita kerjakan serta Allah jualah yg maha memberi dan maha mengizinkan setiap sesuatu.

[ Ini Pula Perkongsian oleh DR Azizan Osman ]

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold His Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut, saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia dan di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billionaire dan philanthropists serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari?

Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangka masa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif
rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :

-1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9   malam selewat-lewatnya 10 malam)

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam.

 Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat:-1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden.Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Saya cadangkan anda kongsikan artikel dan ebook formula ini sebagai hadiah anda kepada 9 orang lain yang anda kasihi jika ianya bermanfaat untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa mereka agar hati mereka sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.

Sesungguhnya, melalui the ‘Power of Giving’, kita lebih bahagia memberi daripada menerima kerana terdapat banyak nikmat hidup dan manfaat dalam "Memberi". Insya Allah, lebih banyak amalan kita dalam "Memberi", lebih banyak Allah swt akan memberi kita keberkatan dan kenikmatan hidup dalam pelbagai cara.

Ada keajaiban di sebalik "Memberi", rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang yang berjiwa besar.

 Cuba anda amalkan dan lihat perubahan dlm hidup anda!

Sunday, January 3, 2016

Sunday, December 13, 2015

10 Manfaat Labu Kuning untuk Ibu Hamil

Ada dua jenis labu yang kita kenal, yaitu labu siam dan labu kuning. Kandungan nutrisi dalam labu siam dipastikan memiliki manfaat bagi ibu hamil dan janin. Lalu, bagaimana dengan labu kuning? Ya. Ternyata labu kuning tidak kalah berkhasiat bagi kesehatan ibu hamil dan janin.

Jenis sayuran yang sering digunakan saat pesta hallowen ini memang dikenal sebagai bahan makanan yang mudah ditemukan dan harganya pun tidak mahal sehingga sering hadir dalam menu keseharian kita. Namun, di balik itu kandungan nutrisi dalam labu kuning jelas tidak boleh diragukan lagi. Nah, apa sajakah kandungan nutrisi dan manfaatnya bagi kesehatan ibu hamil dan janin. Silakan disimak ya, Mam.

Vitamin A

Labu kuning kaya akan vitamin A dan senyawa betakaroten. Kedua jenis nutrisi tersebut sangat bermanfaat dalam menjaga kesehatan mata.

Vitamin C

Kandungan vitamin C dalam labu kuning cukup tinggi. Vitamin ini bermanfaat menjaga kesehatan kulit, tulang, dan gigi. Bahkan, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh pada ibu hamil. Selain itu, kebutuhan vitamin C pada ibu hamil penting untuk dicukupi karena vitamin ini bermanfaat membantu penyerapan zat besi untuk mencegah anemia atau kekurangan darah.

Vitamin E

Selain vitamin A dan C, labu kuning juga mengandung vitamin E. Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan yang bermanfaat membantu melancarkan perbaikan kulit.
Serat
Labu kuning banyak mengandung serat yang berguna bagi ibu hamil untuk melancarkan sistem pencernaan dalam tubuh sehingga dapat mencegah sembelit atau konstipasi. Selain itu, serat juga dibutuhkan oleh ibu hamil mencegah kenaikan berat badan yang berlebih.

Zinc

Zinc yang terkandung dalam labu kuning bermanfaat memperkuat massa tulang dan menjaga kesehatan tulang untuk mencegah berbagai gangguan pada tulang, seperti keropos tulang (osteoporosis), pegal atau nyeri pada tulang.

Kalium

Labu kuning juga mengandung kalium. Nutrisi ini bermanfaat menjaga tekanan darah atau menjaga tekanan darah tinggi (hipertensi).
Kalori yang rendah gula
Labu kuning mengandung jenis kalori yang rendah gula. Kandungan ini bermanfaat untuk menstabilkan gula darah tubuh, namun cukup memberikan energi bagi ibu hamil.

Asam folat/ Asid Folik

Asam folat sangat dibutuhkan oleh ibu hamil untuk menjaga pertumbuhan dan perkembangan sistem saraf pada janin sehingga mampu mencegah bayi lahir cacat.

Asam lemak omega 3

Asam lemak omega 3 pada labu sangat baik bagi perkembangan otak janin. Bahkan, nutrisi ini sangat dipercaya dapat meningkatkan kecerdasan pada anak Anda nanti.

Asam lemak tak jenuh

Asam lemak tak jenuh atau labu kuning yang bersifat rendah kolesterol sangat bermanfaat untuk menjaga kesehatan jantung dan mencegah stroke pada ibu hamil.

Semoga InFo Ini Memberi manfaat kepada ibu hamil.
Saya Excited nk sispkan lepat labu kuning ni.
Memang kegemaran saya juga! :)

Friday, October 9, 2015

Friday, February 13, 2015


(وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا) [Surat Al-Kahf : 28]

🔋 Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


🆘Redhai pemergian Murobbi walau pun pedih bak sembilu
 menusuk hujung jantungmu

🆘Tahan dirimu untuk terus bersabar meniti kehidupan bersama para  murabbi yang masih ada membimbing dan memimpinmu menuju redha Allah

🆘Jangan sekali terpedaya dengan desakan nafsu dan habuan dunia yang fana

🆘Sambunglah  perjuangannya menjulang kebenaran sehingga penghujung hayatmu.

Al-Fatihah

Wednesday, January 14, 2015

Dulu... orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak... rumah dan halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun... dan semua anak-anaknya bersekolah...

Sekarang... banyak yang berangkat kerja subuh dan sampai rumah selepas isya, tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan...

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..."
(Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden??? Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu... tapi mereka tenang menjalani hidupnya... Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, i pad, ruangan ber air cond dll...

Seharusnya mempermudah hidup ini... tapi ternyata tidak, sampai2 tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa gesa!!
...pergi kerja, tergesa gesa...
...pulang kerja, juga tergesa gesa...
...makan t.hari, tergesa gesa...
...dilampu merah, tergesa gesa...
...berdo'a pun, tergesa gesa...
...bahkan solat pun, tergesa gesa...

Sifat diatas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11
"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati.......... yang tidak seorang pun mau dipercepat...

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampai sampai kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."
(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan solat subuh, solat maghrib dsb...

Sampai dimanakah hidup kita hari ini...???

- semoga bermanfa'at -

RECENT POST

SHAKLEE