Wednesday, November 26, 2014
by in
Cara terbaik ialah makan apabila anda lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari dan pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan anda.
“APA GUNANYA ADA VITAMIN?”
Pertambahan
berat badan yang baik ialah yang berlaku secara beransur-ansur. Berat badan
anda mungkin meningkat sebanyak 10kg hingga 12.5kg sepanjang kehamilan.
Walaupun
anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan dengan
kerap. Sasarkan untuk makan tiga hidangan utama sehari dengan dua atau tiga
snek sihat di antaranya. Dan jika mabuk hamil, alahan terhadap makanan
tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan,
makanlah lebih kerap pada jumlah yang sedikit. Anda mungkin dapati makan lima
atau enam hidangan kecil sehari lebih mudah diterima oleh badan anda.
“BUKAN TAK BOLE MAKAN
TAPI KURANGKAN”
Jadi untuk snek, cuba makan pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika sekali-sekala anda makan biskut manis. Nikmatilah setiap gigitan!
Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
“UBAH CARA MAKAN SEMASA HAMIL?”
Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda
tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat
dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada
empat kumpulan makanan berikut:
Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk
segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan
lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Baca mengenai cara untuk makan lebih
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
=> Makanan
berkanji: Ini termasuk nasi,
roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.
=>Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan
ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan
seminggu termasuk ikan yang berminyak.
=> Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang
kaya dengan kalsium.
“MAKAN LEBIH SEMASA HAMIL?”
Badan anda akan menjadi lebih
efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari
makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu
kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori
tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir. 200 kalori bersamaan
dengan:
=> 2 keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
=> 1 gulung kuih popia (tidak digoreng);
=> tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
=> 1 keping keju dengan roti.
“SELERA MAKAN ANDA?”
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa
banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik
semasa kehamilan anda:
=> Pada beberapa MINGGU PERTAMA : Selera makan anda akan
berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna,
terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
=> Semasa PERTENGAHAN kehamilan anda : selera makan anda
adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
=> Menjelang AKHIR kehamilan : selera makan anda akan
bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau rasa penuh selepas
makan, anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Cara terbaik ialah makan apabila anda lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari dan pertambahan berat badan anda akan berlaku secara beransur-ansur sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan anda.
“APA GUNANYA ADA VITAMIN?”
Dalam sebuah dunia yang ideal
yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang
adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral
tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan
nutrien anda.
Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.
Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.
Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.
Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:

seorang vegetarian tegar; menghidap kencing manis atau diabetes
gestasi; mengalami praeklampsia; menghidap anaemia; pernah melahirkan bayi
dengan berat badan kelahiran yang rendah.
“MAKANAN YANG TIDAK PERLU SEMASA HAMIL”
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa
hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya
direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi
anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu
kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya.
Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah
terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan
Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin
mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi
anda. Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur.
Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya.
Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi. Ikan jerung,
todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir
secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi
raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin
bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana
kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu
banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa
hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua
kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna
dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman
kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.
Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi
anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan
zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah
bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan
yang sihat.
Jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambah berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!
Jika berat badan anda berlebihan, anda boleh mengubahsuai diet anda dengan mengurangkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula serta melakukan senaman. Walau bagaimanapun, mintalah nasihat doktor dahulu sebelum menukar corak pemakanan atau meningkatkan senaman.

“TAMBAH BERAT BADAN YANG SESUAI”
Pertambahan
berat badan yang baik ialah yang berlaku secara beransur-ansur. Berat badan
anda mungkin meningkat sebanyak 10kg hingga 12.5kg sepanjang kehamilan.
Ingatlah bahawa penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan
bergantung kepada banyak faktor. Oleh itu, tumpukan kepada pengambilan diet
yang sihat yang mengandungi banyak karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran,
protein serta susu dan produk tenusu, dan sedikit sahaja lemak dan gula.
Waktu penambahan berat badan itu berlaku juga penting. Anda mungkin hanya
menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama. Berat anda
sepatutnya meningkat secara beransur-ansur sepanjang trimester kedua,
manakala pertambahan berat badan paling banyak berlaku dalam trimester ketiga
iaitu apabila tumbesaran bayi dalam kandungan anda berlaku dengan pesat.
“BERAPA KALI IBU HAMIL KENA MAKAN”
Walaupun
anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan dengan
kerap. Sasarkan untuk makan tiga hidangan utama sehari dengan dua atau tiga
snek sihat di antaranya. Dan jika mabuk hamil, alahan terhadap makanan
tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan,
makanlah lebih kerap pada jumlah yang sedikit. Anda mungkin dapati makan lima
atau enam hidangan kecil sehari lebih mudah diterima oleh badan anda.
Memakan makanan yang tinggi kandungan serat dan yang diperbuat daripada bijian
penuh akan membantu anda berasa kenyang. Tambahan pula ia lebih berkhasiat.
Anda tidak perlu meninggalkan
semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek
yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam seelok-eloknya bukanlah makanan
utama dalam diet anda.
Jadi untuk snek, cuba makan pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika sekali-sekala anda makan biskut manis. Nikmatilah setiap gigitan!
*Jika anda rasa artikel ini bermanfaat dan mampu
mengubah kesihatan dan hidup sekeluarga dan orang sekeliling, sila klik butang
LIKE di bawah ye, mungkin ada kebaikannya pada orang lain dan diri anda.
"What you give, you get more back".
*Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis
penyakit.
Anda Mahu Alami
Kehidupan Yang Lebih Baik Dan Sihat Bersama Shaklee?
Hubungi saya dan dapatkan konsultasi berterusan
dari saya
♥ Sid Azie : 915182
♥ Harga & Hadiah
Istimewa Untuk Customer
✉ Page : Super Vitamin Store ( CantikSihatWithShaklee)
☎ Sms@Whatsapp@ Wechat : 012-5337326
Artikel Terkait
RECENT POST
-
1 0 Manfaat Labu Kuning untuk Ibu Hamil Ada dua jenis labu yang kita kenal, yaitu labu siam dan labu kuning. Kandungan nutrisi dalam labu s...
-
Setahun yang lepas, saya cemburu melihat kawan-kawan dengan gembira bercuti bersama keluarga tiap kali tiba hujung tahun. Walaupun hanya p...
-
Lecithin Kod Produk:10163 (180 kapsul) Lecitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang ...
-
KENALI STRETCH MARK@ SELULIT Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh keli...
-
Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Keput...
SHAKLEE
Search
ARTIKEL TERKINI
-
Hubungan seks yang normal ialah dua hingga tiga kali seminggu. Pun begitu, kejayaan untuk hamil bergantung kepada proses pengovulan (pro...
-
KENALI STRETCH MARK@ SELULIT Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh keli...
-
Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini demi memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandunga...
-
1 0 Manfaat Labu Kuning untuk Ibu Hamil Ada dua jenis labu yang kita kenal, yaitu labu siam dan labu kuning. Kandungan nutrisi dalam labu s...
-
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh mening...
-
Kerap mengalami gangguan dibahagian perut, tidak selesa, senak atau sakit pada bahagian perut terutama setiap kali selepas makan, menggangg...
-
Air detox atau infused detox water ni memang amat di gemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil seb...
SET SHAKLEE
SET 3M
(5)
SET A
(1)
SET B PENYUSUAN
(5)
Set Batu Karang
(1)
Set Berpantang
(3)
SET D
(1)
Set Darah Tinggi
(4)
Set Detokfikasi
(3)
Set Gout Shaklee
(2)
Set Imun
(1)
Set Jantung
(2)
Set Juara
(1)
Set Kanak-Kanak
(2)
Set Kecantikan
(4)
Set Kehamilan Shaklee
(1)
Set Kehamilan Shaklee Trimester 3
(3)
Set Keputihan
(3)
set kesihatan Optimun
(1)
Set Kesuburan
(7)
Set Kolesterol Tinggi
(1)
Set Kurus Shaklee
(7)
Set Maskulin
(4)
Set Mata
(1)
Set Mighty 3 Gem
(5)
Set Migraine
(1)
Set Minda
(4)
Set Optimun
(3)
Set Penyusuan
(5)
Set Rambut
(1)
set resdung
(2)
Set Selulit Shaklee
(1)
Set Sendi & Tulang
(3)
Set Senggugut
(2)
Set Tambah Berat Badan
(3)
PERTANYAAN
ADS FOLLOW
Powered by Blogger.
0 Comment:
Post a Comment