SIhat Ceria Bahagia

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI
SLIMMING

Wednesday, December 3, 2014

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.


Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan Shaklee



0 Comment:

RECENT POST

SHAKLEE