SIhat Ceria Bahagia

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI

KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI
SLIMMING

Thursday, June 12, 2014

Keistimewaan :

1)Uzlah(bersendirian) Nabi Muhammad s.a.w ke Gua Hira' satu tarbiah penting kepada Baginda yang bakal menghadapi ujian besar di dalam perjuangan,membersihkan rohani dan mendekatkan diri Baginda dengan Allah swt.

2)Detik wahyu pertama yang diturunkan membenarkan hakikat agama Islam ini datangnya daripada Allah swt,membezakan ajaran agama Allah yang syumul ini dengan ajaran ciptaan manusia dan membezakan Rasulullah s.a.w yang bergerak dengan hidayah Allah dengan golongan yang tidak mendapat apa2 petunjuk.

3)Antara kata2 Waraqah b. Naufal kpd Nabi s.a.w...
"sesungguhnya kamu adalah Nabi..demi sesungguhnya kau akan dibohongi,disakiti,dihalau dan akan diperangi..jika aku berkesempatan dengan hari itu nescaya aku akan menolongmu menegakkan agama Allah.."

4)Penerimaan wahyu yang datang seterusnya menjadi asas yang meyakinkan bahawasanya ajaran yang dibawa sebenarnya daripada Allah swt,kesempurnaannya terjamin dan betapa hebat dan dahsyat penurunan wahyu itu sehingga keadaan Rasulullah s.a.w sewaktu menerima wahyu, jasad yang mulia itu dibasahi peluh ketika mendengar suara wahyu.

5)Rasulullah s.a.w menunggu dengan kerinduan kepada perintah Allah swt di saat waktu penurunan wahyu hingga wahyu yang seterusnya.

6)Hakikatnya,hanya orang yang hatinya lebih keras daripada batu sahaja yang tidak menerima kebenaran ajaran Islam itu daripada ajaran Allah swt lalu melemparkan tuduhan palsu terhadap Islam dan terhadap Rasulullah s.a.w.

*(Kita penerus kepada Risalah Nabi s.a.w...jangan disia-siakan jerih payah Baginda s.a.w..tegakkan Islam dalam diri moga Islam tertegak di bumi tmpt kita berpijak.)

Sumber rujukan :
Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah
<Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Muhammad>

0 Comment:

RECENT POST

SHAKLEE